Friday, June 21, 2013
Second time guna produk biodek kehamilan
Lepas dah datang period tempoh hari rasa hati ini Tuhan saja yang tahu. Suami yang banyak bagi dorongan untuk tidak berputus asa. So, kami decide nak try lagi produk kehamilan biodex dengan harapan lepas ni kami akan berjaya mendapat zuriat. Insyaallah... kali ni kami akan amik set ni utk 1 bulan.. pasal hari tu amik utk 2 minggu je.. erm itu pun delay period 8 hari suspend juga ingatkan dah hamil... tapi datang la plak miss p ni.. tak da rezki lagi usaha lagi k. Kali ni harga produk biodex RM1261.40 terima kasih hubby.. i love u
Monday, June 17, 2013
Produk Biodex Set Kehamilan
Usaha tanpa erti penat dan putus asa. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan produk Biodex set kehamilan. Kali ni aku tak nak lagi pegi kat outlet. Kadang kala outlet ni tak leh percaya. Aku ajak hubby pegi Hq Biodex kat Area Taman Malawati.
Set kehamilan ni untuk suami dan isteri harga nya boleh tahan juga la RM893.80 pergh apalagi pakai kredit kad je la.. lagipun tak da duit cash pun. Dengan Harapan maybe ada rezki kami lepas ini insyaAllah.
Berusaha mencari zuriat
Assalammualaikum...
Salam manis pada pembaca blog ini. Tak salah rasa nya untuk berkongsi cerita dalam usaha mencari zuriat. Dalam dunia ini pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi begitu juga dengan diriku. Usaha tanpa putus asa dah menjadi sebahagian dalam hidup setiap individu yg bernama manusia. Oh tuhan aku redha dengan ketetapanMu.
Hampir 6 tahun kami melayari bahtera rumah tangga tapi masih belum dikurniakan zuriat lagi. Aku sangat bersyukur mempunyai suami yang sangat memahami. Kadangkala aku sedih dengan nasib ini aku pun ada perasaan seperti orang lain. Ye la mempunyai keluarga sendiri kadangkala cemburu melihat kebahagian orang lain. Tapi aku tak putus harapan dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga aku pun akan beroleh kebahagian seperti orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)